Hilang perasaan Malu
Malu adalah senjata bagi orang yang beriman...
tapi mengapa ada statement yang mengatakan "malu bertanya sesat jalan"??
Malu dalam konteks Islam bukan tersipu-sipu atau takut melakukan sesuatu perkara tapi malu adalah perasaan takut untuk melakukan dosa...seseorang yang ada sifat malu akan berasa malu untuk melakukan dosa,dia akan malu untuk melakukan maksiat seperti membuka aurat,mengeluarkan kata-kata kesat,mencuri dan sebgainya.Jadi,bila mana ALLAH itu membenci hambaNYA..maka segala perasaan malu yang ada pada hambaNya akan ditarik.Lihat dunia di luar sana..wanita-wanita Islam kini sudah tidak malu untuk mempertontonkan mahkota mereka,memakai baju yang menampakkan tubuh badan mereka..dan paling menyedihkan bila wanita Islam yang BERTUDUNG di tangkap khalwat.Persoalannya,tidakkah mereka malu melakukan perkara sedemikian walhal mereka itu membawa tittle agama Islam?? Bagaimana agama kita nak maju sekiranya (sebarkan dakwah) kalau umatnya sendiri tidak patuh dengan ajaran Islam..??
Hilang sifat AManah
Amanah adalah satu perkara yang berada dibawah tanggungjawab kita.Maksudnya tanggungjawab kita dalam mengurus sesuatu hal.Guru bertanggungjawab mengajar murid-muridnya,pegawai KASTAM bertanggungjawab mengawal kemasukan barang haram ke dalam negara dan pelajar bertanggungjawab untuk belajar.Namun bila kita dimurkai ALLAH segala tanggungjawab kita itu akan terabai.Amalan rasuah berleluasa dan berlakulah kes-kes penyelewengan wang syarikat dan seerti dengannya.
Hilang rasa kasih sayang
Belas kasihan...Wanita terkenal dengan sifat keibuannya bukan?? Namun jelas dikaca televisyen memaparkan kes-kes pembuangan bayi..siapa yang lakukan semua itu??!! Para kaum Adam?? Tidak..tentu sekali kaum Hawa...kaum yang terkenal dengan sifat kasih sayangnya yang tinngi.
Benci Kepada kebaikan
Maksudnya..seseorang itu akan berasa marah atau menyampah bila melihat atau mendengar orang melakukan kebaikan.Contoh,ramai diantara kita bila kat kaca televisyen tu sedang melaungkan azan..kita pasti tukar..cari cerita best2 sementara menunggu azan habis..Lagi satu...bila ada orang tegur kesalahan kita,kita akan cuba menyangkal teguran tersebut walaupun kenyataan nya memang jelas kita melakukan kesalahan.Hal ini jelas menunjukkan kita tidak suka akan teguran yang mendatangkan kebaikan itu.
Rasulullah s.a.w. menjelaskan, ”Empat macam orang yang dibenci Allah, iaitu penjual yang suka bersumpah, orang miskin yang sombong, orang yang sudah tua berzina, dan imam (pemimpin) yang zalim.” (HR Nasa’i dari Abu Hurairah).
"Apabila Allah mahukan kebaikan kepada mana-mana hambaNya, Ia jadikannya merasa dirinya kaya dan ia mengisi taqwa di dalam hatinya, dan apabila Allah mahukan keburukan kepada mana-mana hambaNya, Ia jadikan kemiskinan itu terbayang di matanya." (Diriwayatkan oleh al-Hakim dari Abi Hurairah r.a.)
*Nauzubillah..semoga diri kita tidak tergolong dalam orang2 yang dibenci ALLAH..
Popular Posts
-
salam.. Alhamdulillah krn kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udaran yang segar di hari ini..emm..ari ny mrupakan ari terakh...
-
Hilang perasaan Malu Malu adalah senjata bagi orang yang beriman... tapi mengapa ada statement yang mengatakan "malu bertanya sesat ...
-
Allah SWT sel esai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu ...
-
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut : "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang seban...
-
kadang aq perna t'fikir, apakah tujuan kita idup lau lazimnya kita akan ditelan bumi jua 1 ari nnt..pas aq terokai tujuan kita idup dimu...
-
01 Ar-Rahman -Yang Maha Pemurah 02 Ar-Rahim -Yang Maha Mengasihi 03 Al-Malik -Yang Maha Mengua...
-
JADIKANLAH yang tebal itu iman, yang nipis itu lidah, yang tajam itu akal, yang lembut itu hati, yang ringan itu solat, yang halus itu...
-
Andaikan tiga orang yang berlainan meminjam sebiji pinggan daripada kita.. Selang beberapa hari, peminjam pertama memulangkan pinggan terse...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment